Tuesday, December 24, 2013

Piramid Makanan


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.



Cuba tanya diri anda, adakah anda mendapatkan kesemua zat yang diperlukan oleh badan mengikut kategori dalam piramid makanan ini? Kesibukan tugas, kerja yang tidak menentu, pastinya kita 'terpaksa' makan makanan yang paling mudah diperoleh. Ada kawan saya yang mengatakan, "Ni aku makan kerana nak hidup." Makan kerana perut sudah lapar. Apa sahaja yang boleh mengenyangkan, boleh sahaja. Maka biskut, roti, gula-gula, cokelat menjadi pilihan, terutama yang bekerja dipejabat. Alasan kerja banyak, malas nak jalan ke kedai makan/cafe adalah lumrah. Kalau ke kedai makan, makan gorengan atau yang dipanggil 'ala-carte' menjadi pilihan.

Kita semua sedar bahawa kita  perlu amalkan gaya hidup yang sihat. bukannya kita tidak boleh makan makanan berminyak, cuma hadkanlah pengambilannya. sebab semua penyakit, bermula dari gaya pemakanan kita.

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?

Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badanberlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.








Berminat dengan produk ini sila hubungi

Dr. Norizan Ahmad
ID Shaklee: 811511
SMS/Whatsapp: 012 978 0369
Email: norizan.ahmad58@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Sihat-dgn-Shaklee

No comments:

Post a Comment