Tuesday, April 20, 2021

Me and My Health - IBS - Irritable Bowel Syndrome

Lepas makan, mesti nak g toilet. Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Kalau g shopping, kena singgah tandas ... Padang-kadang every level kena masuk.

Masa travel, kadang-kadang, every RnR kena singgah. 

Duduk rumah, tengah tengok movie, bab climax kena ulang tengok, sebab termiss ... pergi toilet.

Dah masuk toilet, baru aje keluar, kena masuk balik.

Dah masuk toilet, kena duduk lama. Kesian orang yg tengah Q. Kadang-kadang kena matah.

Paling tak best ... Kadang-kadang tak rempat nak duduk ... dah terlepas ...

Itulah pengalaman IBS. Perut selalu tak selesa. Bukan setahun, tapi bertahun2. Lebih kerap belaku semenjak saya makan Imatinib sebab CML saya. 

Saya pernah try elak makanan yang orang kata jangan makan kalau perut meragam, terjadi jugak.

Lastly, kena cakap dengan doktor jugak. Yang bestnya, doktor terus suruh buat colonoscopy. الحمد للّه رب العالمين, result colonoscopy clear. Usus sihat kata doctor. Mungkin awak ada IBS, kata doctor. Nanti saya refer awak kat pakar dietitian.

Irritable bowel syndrome (IBS) is a common disorder that affects the large intestine. Signs and symptoms include cramping, abdominal pain, bloating, gas, and diarrhea or constipation, or both. IBS is a chronic condition that you'll need to manage long term.

Ini video yang bait menjelaskan kondisi IBS ... https://youtu.be/Z_1Hzl9o5ic


Dalam borang rujukan ke Dietitian tu, saya nampak perkataan "FODMAP" untuk dietitian bantu saya. Maka, buatlah temujanji. Dapat tarikh temujanji ... mak ai! Dua bulan lagi!. SO saya pilih e-kaunseling.

Apa FODMAP tu?

Ooo .. rupanya ia Adalah 


Ada makanan yang kena elakkan, 

Ada makanan yang boleh makan,


Tapi, kena cari yang mana sesuai dengen diri anda. So, ada tiga peringkat kena ikut.


Banyak jugak maklumat yang saya data dari Pak Cik Google tu. So saya pun mulalah nak mencuba diet FODMAP tu.

Dalam pada tu, Pn. Noraishah, Dietitian dari HUKM call saya untuk buat temujanji e-kaunseling. Dapatlah tarikh. Tapi olles kerna saya dah ada sedikit maklumat daripada Pak Cik Google, saya pun bertanyalah bbp soalan. Akhirnya dietitian kata saya dah boles mula start test FODMAT diet saya tetapi kena buat rekod setiap makanan saya. Dia terus email saya maklumat dan borang untuk buat jurnal makanan saya.

Selepas 14 Hari, sahari sebelum sessi e-kaunseling, saya email kepada beliau. Banyaklah juga maklumat pencerahan yang saya data masa sesi e-kaunseling tu. Perbincangan menggunakan jurnal makanan itu Amat berguna untuk kami kenalpasti makanan apa yang boleh triger diarria saya, Akhirnya, beliau terus minta saya buat stage 2 FODMAP Reintroduction. 


Kemudian beliau juga kongsikan resipi-resipi yang FODMAP friendly daripada website Monash University.

Itulah setakat ini ... nanti saya update, bila dah leaps stage 3.