Tuesday, March 30, 2021

Me and My Health - Nose Bleed

 In 2008, I experienced frequent nose bleed.

Beberapa hari sebelum darah keluar, hidung saya selalu berkerak. Dalam satu hari perlu buang beberapa kali. Kadang kala keras macam batu. Kena basahkan hidung baru boleh keluarkan. Kemudian, ada tompok-tompok darah kat dalam hidung, tempat bekas kerak tu. 

Dua tiga minggu macam tu. kemudian mula lihat ada darah fresh keluar dari hidung. Warna merah muda. Dia turun tu bukan meleleh kat tepi hidung tapi dia menitis keluar. Tiba-tiba sahaja nampak tompok darah atas meja. setitik aje. Lepas lap dia kering. lama juga macam tu. 

Kebetulan saya memang ada appointment kat HUKM masa tu. Saya pergi HUKM 6 bulan sekali sebab saya ada SLE. Under observation sebab dah dalam remission. Bila jumpa doktor, beritahu dia pasal hidung tu. Dia kata mungkin ada luka sebab sayaa aktiviti saya 'korek' tu. Masa jumpa doktor tu, tak pulak dia berdarah. Mungkin juga sebab masa tu cuaca panas.

Kejadian hidug turun darah tu terjadi beberapa hari lagi tetapi bukanlah hari-hari dan kalau turun darah tu, setitik dua sahaja. So saya bertahanlah beberapa hari. Kemudian, satu hari saya ada tugas rasmi di Melaka. Saya ambil kesempatan itu berjumpa dengan adik saya, pakar ENT di Hospital Melaka. Bagaimanapun, saya dah cerita dengan dia hal itu sebelum saya jumpa doktor di HUKM lagi. Dia tahu hal saya. Beliau suruh saya pergi ke kliniknya di Hospital Melaka. Lepas register, saya ke bilik beliau. Ha ha ha ... kena jolok dengan kamera. Nampaklah ada kawasan yang merah macam luka. Hidung saya dilaser, mematikan sel-sel yang luka itu supaya tidak berdarah lagi. 

الحمد للّه رب العالمين, selepas itu, tidak ada lagi masalah hidung berkeran keras atau berdarah lagi.



No comments:

Post a Comment