Tuesday, March 30, 2021

Me and My Health - Muscle Pain

 Hal muscle pain ni payah sedikit nak cerita sebab dia bukan penyakit. Ye ke?

Payah sikit nak cakap sebab kadang kala ia baik sendiri. Just kena sapu minyak Afiat. Tapi ada masa, sapu pun tak baik.

Mula-mula perasan masa lepas memandu balik daripada kerja masa berulang dari KL ke Enstek. Selepas memandu selama satu jam setengah ataau dua jam, sampai rumah, saya akan berehat dulu dalam kereta beberapa minit. Kemudian apabila keluar kereta, kena perlahan-lahan berdiri tegak dahulu baru boleh berjalan ke pintu. Kalau tidak buat macam tu, payah nak angkat kaki untuk memulakan langkah.

Kejagian otot sakit ini juga berlaku kepada tangan saya, kiri dan kanan. lebih kepada tangan kanan. Apaabila menjinjing beg plastik (lepas ke kedai) saya amat payah nak angkat tangan untuk meletakkan beg itu ke ata smeja. Lama juga terjadi acam tu. Bila bercerita kat doktor kat HUKM doktor kata mungkin ada masalah MSK. Doctor tu cakap macam saya ini tau apa dia MSK tu. Tapi seperti biasa, saya malas nak bertanya banyak sebab dah penat menunggu giliran berjumpa doktor. Nak cepat ambik ubat bulanan dan balik aje.

Bali rumah, beberapaa kemudian saya jumplalaah Pak Cik Google. Cari apa dia MSK.

Musculoskeletal pain affects bones, joints, ligaments, tendons or muscles. An injury such as a fracture may cause sudden, severe pain. A chronic condition like arthritis may also cause pain. If musculoskeletal pain interferes with your usual activities, speak with a healthcare provider. The right treatment can help relieve the pain.

Lihat kepada sign dan symptoms yang diberi, saya teruskan berurut. الحمد للّه رب العالمين ... ada kurang. Boleh dah angkat beg plastik ke atas meja yang dulu payah saya nak lakukan.

Namun begitu, sesekali saya akan rasa sakit tu juga, terutama apabila tidur pada sesuatu posisi agak lama. bIla nak beralih posisi, kena buat perlahan-lahan. Walaupun sehingga sekarang masih ada, tetapi saya rasa ia lebih baik daripada dahulu.

Sekarang ni yang selalu beri masalah ialah bahagian lutut. Yang sering sakit ialah muscle bahagian belakang paha dekat lutut. Kalau dia lemah, nak naik tangga pun sakit. Turun tangga pun payah.


الحمد للّه رب العالمين.

No comments:

Post a Comment